Keratan ni saja aku ambil gambar supaya jadi pembakar semangat aku. Aku dari sekolah rendah mesti ada buku extra yang aku panggil buku conteng. Aku rasa setiap budak sekolah rendah mesti ada buku conteng punya lah. Bila darjah 4 ke atas kot dah pandailah tulis cerita, tapi aku tak ingat cerita apa dan tak pernah pon sertai pertandingan mana-mana, kiranya cerita aku hanya aku je yang baca sebab aku tak handalpon menulis. Aku sorang je yang tahu yang aku suka menulis. Aku kenal dengan novel bila aku baca novel Ombak Rindu milik penyewa belakang rumah Cik Nab. Hujung darjah 6 iaitu 2.7.2012 mak aku meninggal dunia, aku dah mula sibuk ke sana ke sini tukar sekolah dan akhirnya aku ditetapkan duduk di Ipoh, dulu aku jadi tak gembira duduk Ipoh sebab kurang kawan, pak tam dan mak tam garang, sepupu-sepupu semua pandai tapi along je suka berborak dengan aku huhuhu, dan yang paling best along ni kaki novel dan aku tumpang baca novel dia lepas tu pak tam marah sebab aku k...