Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

sedeqah

Harini pada syawal yang keempat hari pertama naik kerja, selepas empat hari cuti. Takk puas rayaaaaaaa. Harini ada lima ibu lepas bersalin perlu diurut. Alhamdulillah aku terjumpa satu ibu yang berasal dari Bachok Kelantan, ibu anak lima ni riuh bercerita, seronok layan. Dalam banyak-banyak cerita tentang harga mahal, jalan jem satu benda yang tersentuh pada aku. Dia kata belajarlah kalau membeli nasi lemak atau gerai-gerai tepi jalan tu, kalau ada bali seringgit dua halalkan pada mereka, sebab mereka akan begitu bersyukur sebab itulah keuntungan mereka.  Zaman sekarang ni barang-barang serba mahal mungkin mereka berniaga sekadar pusing modal sahaja. Walaupun ibu ini bersalin di Hospital Andorra dia sangat mendekati jiwa.

Sedikit prinsip

Aku nak cerita sedikit prinsip aku untuk berkahwin. Okey first aku kena cerita latar belakang dulu. Arwah mak punya 10 beradik 9 hidup 1 meninggal kecil. Arwah maklah yang pertama keluar dari rumah dan kerja kilang motorola kemudian tolong arwah tok supaya senang sikit dan runtuh rumah papan dan buat rumah batu bawah. Arwah mak berkahwin lewat, berumur 38 tahun baru kahwin. Setelah ditipu, oleh dj radio lah ditinggal pengsan ditepi jalan dan mungkin banyak lagi cerita cinta mak aku yang aku tak tahu. Arwah mak berkenalan dengan arwah ayah sebab ayah suka buat call sesat, ni memang permainan orang dulu-dulu cari jodoh 🤣. Mula-mula call ayah dapat kat Achik Jah, Cik Jah pulak sejenis tak melayan dia passkan pada Mak Andak, Mak Andak pulak dia macam hidu-hidu ayah ni macam orang yang dah kahwin dia pass pulak pada mak, eeeehhhh terlekat pula. Fast foward masa mak nak kahwin tu, banyak jugak halangan, sebab ayah suami orang tapi keluarga terpaksa lepaskan sebab umur mak dah lewat. Mak ber...