Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Mak, Coklat Dan Aku

Terlebih dahulu sedekahkan Al Fatihah buat ibuku HABIBAH BINTI ZAKARIA Untuk cuti semester 4 ini aku mendapat rezeki untuk berkerja di PETRONAS SUNGAI KAPAR INDAH atau nama singkatnya SKI. Seronok berkerja dekat sini lagi-lagi dapat kenal Afira yang happening, Atikah yang suka menolong orang Abang Mai atau namanya Mawardi pekerja legend yang suka menyakat orang, Haniq pakwe si Tika, abangla-abangla yang annoying tu selamat tinggal aje. Eh, dah melalut, dok kat sini semua benda boleh teringin, dengan coklatnya, dengan air coklatnya, dengan keropoknya aduiii... Hari ini timbulnya idea tentang tajuk ini apabila asyik merenung Kit Kat dekat kaunter ni haaa, nak beli selalu aduiii boleh bankrupt aku. Dulu masa aku kecik dan arwah mak masih ada, mak rajin belikan aku coklat, setiap kali balik kerja mesti ada je habuannya. hehehe seronoknya kalau ada mak lagi mesti sampai besar mak belikan aku coklat. sekarang tak ada siapa yang nak belikan aku coklat. Malaslah nak cerita panj...

Cari Kerja

Salam 15 Oktober 2016, blog bersawang dah ehhhh.. Blog ni tak ada apa yang menarik yang korang nak baca semua pasal aku je. Memang nak jadi blogger hot idok le.. Okey kita masuk pasal topik cari kerja di cuti sem. Setiap kali cuti sem memang dilemanya adalah mencari kerja. Sepanjang aku diploma dan sekarang penghujung semester 4 dan nak masuk semester 5 "YEAYYY NAK HABIS BELAJAR DAH..!!!" aku hanya berpeluang kerja sekali je iaitu cuti semester penghujung sem 1 nak masuk sem 2. Tujuan aku bekerja adalah nak cari pengalaman dan nak beli handphone baru "huhuhuhu.." dan s atu sikap aku, bila aku ada kerja dan aku anggap benda tu penting aku ada DISIPLIN sikit tapi bila aku duduk rumah segala penyakit malas dan DISIPLIN aku KELAUT tu yang mak cik aku tak suka maka dia menghalaulah aku kerja.  . Masa tu aku bekerja di sebuah pasaraya yang bernama Econsave.  Kerja dia mudah cuma biasalah dekat mana-mana mesti ada disiplinnya, cuma aku tak suka ada orang atasnya tak be...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran abang Faiz

Imej
Selamat hari lahir abang Faiz.. Hati ni masih sedih atas kehilangan abang.. Mungkin kita tak begitu rapat kenalpun atas urusan kerja, tapi hati ciptaan Tuhan tak dapat dihalang. Bukan sahaja dengan abang Faiz je tapi semua yang terlibat dengan mds Nurul jatuh sayang. Nurul mula kenal abang waktu Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (kpmds) Jun yang diadakan dekat Tapah. Waktu tu abang memegang jawatan besar sebagai mpp dan menjadi biro program untuk kpmds.. Bila abang ajar kitaorang menari semua orang tertarik lebih2 pelajar siswi dengan senyuman abang yang jadikan mata abang sepet. Lepas kpmds jun abg jaga mds dekat palam dan Nurul jaga dekat shah alam. Tapi video abang menjadi teman bila Nurul rindu dan tak boleh move on dari mds tu pun video bluetooth dari member.. Bila mds untuk november tak sangka abg join lagi tapi masa ni abang dah turun dari jawatan mpp, abang sedia jadi orang bawah. Abang boleh bekerja dengan adik-adik yang tak punya jawatan, abang boleh bergurau senda tanp...