Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Rindu Mak Dengan Ayah

Imej
Pagi tadi aku mimpi mak dan ayah, selalunya salah seorang je tapi pagi tadi dua-dua ada... Bukan aku tak nak cerita apa yang jadi dalam mimpi tu, tapi aku rasa macam dah hilang ingatan dan kalu cerita pon mesti cerita tak lengkap. Tapi sekadar tahu mereka melawat aku pagi tadi.. Hish, setiap detik aku menaip sekarang ni rasa macam nak nangis, aku memang tak dapat menahan perasaan... Kolam air mata aku penuh... Macam mana nak tahan ni sebab sebelah ada orang, malu nak nangis.. Ni wajah arwah mak dan ayah yang aku cintai,,, Beruntung la sesiapa yang masih punya ibu bapa, aku? takdir dah menentukan... Ayah meninalkan aku sewaktu aku berusia 8 tahun dan mak meninggalkan aku sewaktu aku berusia 12 tahun... Aku tertanya sendiri, adakah aku akan melawan mak dan ayah aku kalau mereka msih hidup? Kadang-kadang aku selalu berangan, kalau mak masih hidup aku pasti ada rumah sendiri, aku pasti ada bilik sendiri dan aku tak perlu pindah-pindah... aku dah penat pindah-pindah... ...

kesian birthday boy kena tipu

Imej
Happy birthday, pada adik saudara ku yang paling kecik dalam keluarga buat sementara ini yang genap 7 tahun.. Tapi kesian, semua orang terpaksa tipu dia sebab tak mahu dia minta macam-macam... Tapi ada cerita lawak yang jadi... Petang tadi aku excited la nak bagi tahu dan nak wish dekat budak kenit ni, tapi kakak dia tak kasi sebab ibu dia dah pesan jangan bagitahu dia sebab nanti dia minta macam-macam... So hanya dapat diam je lah.. Malam tadi, saje la nak menduga dgn tanya macam2 hari ni dekat budak kenit ni,  "Nyel hari jadi anyel bila?" "anyel hari jadi kakak bila?" "Hari ni hari jadi siapa?" Budak kenit ni jawab "Danial Zhafran" Aku! Terpinga2, kakak dia dah tergelak.. Then aku suruh la kakak dia cerita " Nantila aku cerita..." Waktu budak kenit ni leka tengok youtube kakak dia pun cerita la... Kakak dia pun saja la nak test2 dia, tahu tak yang hari ini birthday dia. Shasha: Nyel hari ni hari apa...

Kawan Baru Sebelum Masuk UiTM

Imej
Aku bukanlah pengtweet twitter yang tegar, tak caya? Biar gambar yang berbicara... See, hanya 2233 tweet je dari aku, kalau orang lain dah beribu-ribu atau ber k k dah... Okey mengenai tajuk diatas, aku ceritalah macam mana aku boleh menjadi teman di alam maya dengan dia.... Asalnya malam tu aku bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa aku pun tweet la merapu... Lepas tu adik sepupu aku ni mula la conversation tanya itu ini minta itu ini... Last2 dia tanya aku ambik course apa? Aku pun jawab la penulisan artistik, tiba-tiba ada seseorang tegur dan follow twitter aku...  Kerana dia seorang peramah bertanya itu dan ini, aku seronok bersembang dan berteman dengan dia... Daripada berbual dekat twitter berlanjutan ke wechat selepas dia minta id wechat and aku approve.dia punya permintaan menjadi rakan... Sembang punya sembang, aku terasa diriku kecil dan tidak hebat bila bergandingan dengan orang yang menulis puisi ni, kerana bahasa puisi tinggi dan pu...

Ujian JPJ dan Kenangan Manis

Imej
Hari ini adalah hari yang penting buat aku untuk memiliki sebuah lesen memandu. Seawal 8.15 pagi aku sudah diambil oleh Kak Lin seperti yang dijanjikan aku mempersiapkan diri dengan molek.  Sesampai di litar kami di minta untuk menunggu masuk kedalam dewan, semantara menunggu akupun sempatlah membuat projek menangkap gambar litar latihan dan ujian bagi mendapatkan sebuah lesen memandu... Beberapa ketika kena menunggu, akhirnya semua di panggil masuk untuk mengambil nombor giliran daripada cikgu-cikgu metro kemudian pergi mendaftar pada wakil JPJ.  Selesai mendaftar dan semua calon sudah duduk salah seorang wakil JPJ dari Padang Jawa memberikan taklimat bagaimana untuk melalui ujian memandu pada hari ini. Antara yang ditetangkan, perkara yang sangat penting ialah setiap persimpangan didalam dan diluar litar hendaklah memberi isyarat lampu kiri dan kanan mengikut simpang yang hendak dituju. Selain itu ujian pertama akan dilalui di dalam litar ialah naik dan tu...

Hello November

Imej
Disebabkan ramai yang update dihari pertama November ni dakupun mengikut juga mengupdatenya disini... Hello November...    Daku update hello november ada sebabnya, kerana bulan ini yg aku tunggu-tunggu dalam tahun ini... Apa yang daku tunggu??      3/November /2014 daku tunggu kerana adakah daku layak masuk ke UiTM yang daku harap-harapkan dulu, tapi sekarang daku sudah menukar perancangan masuk ke Politeknik semula kerana ada faktor lain seperti nasihat dari orang tua dan orang yang berpengalaman dan pasaran pekerjaan pabila daku sudah habis belajar nanti...    7-November-2014 adalah hari yang dimana akan menjalani ujian memandu untuk melayakan aku dapat lesen L dan layaknya aku menjadi pemandu diatas jalan raya....     24-November-2014 adalah saat paling daku tunggu-tunggu kerana berjaya melayakan diri menjadi pelajar semula... Sebagai pelajar Ipta, dan dapat menyibukan diri semula setelah berbulan-bulan mengepam badan menjadi m...