Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Rindu Atok

Imej
Hari ni dah balik Puchong, selalunya kalau kita orang atau cucunya nak balik KL bahasa orang kampung walaupun kami dok selangor, pasti kami akan dapat habuan macam duit raya heh heh heh, itu yang paling seronok walaupun hanya dapat seringgit. Tapi sekarang arwah tok a.k.a tok ti a.k.a tok siti a.k.a tok perempuan kami dah tiga tahun meninggal dunia, hanya tinggal kenangan dia sahaja. Dulu antara grill pintu dgn bucu dinding tu la tempat arwah atok tunggu anak-anaknya serta cucunya balik siap ada kain tempat dia baring lagi... Hmmm rindunya dekat arwah atok..  Arwah Atok punya perangai, kalau anak-anak atau cucu-cucunya balik dia jugak suka masak favorite anak atau cucu dia, macam arwah cuman a.k.a pak su kami atau mak cik atau pak cik kami suka makan pulut, datang rajin arwah atok dia pun kukuslah pulut dan buat sambal tumis. Kalau cucu arwah atok pulak macam kami suka makan asam rebus. Arwah atok... Arwah atok juga jenis orang yang meragas a.k.a tak suka dok diam, ad...

Kan seronok kalau.....

Kan Seronok kalau aku boleh masuk UiTM dan Politeknik serentak... Sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurang eden tak nampak lagi...       Aku sememang nya dah menyemai impian dekat UiTM, sebab bidang yg aku ambik dekat situ sememangnya aku sangat minat, kedua sebab tempat dia dekat dengan Subang tempat tinggal anjang, mak a.k.a kak liah dan my best friend forever Hidayah.. Ketiga dia juga dekat dengan kota damans ara tempat tinggal nadia. Keempat aku nak gi wedding atyn kelima asrama dia cantik. Hmmmm itu je la setakat ni yang aku boleh senarai. Tapi sayang bidang penuli san ni tak kuat dan tak mudah untuk dapat income bulan2 mcm gaji dan susah nak dapatkan pekerjaan dalam bidang ni... Politeknik pulak, bidang dia aku minat jugak sebab dia berjalan dan boleh tengok tempat orang, kedua sebab dia terletak di Kuantan dekat dengan kak long. Ketiga sebab dia dekat Kuantan juga boleh berdikari.. Hmmm tu je la kelebihannya.. Tapi bak kata Abang Mat tak semestiny...

Politeknik atau UiTM

Dilema datang lagi... Setiap pekara yang aku impikan pasti datangnya dengan pilihan. Aku tahu Allah nak mengajar aku untuk bergantung denganya, dia ingin mendengar rintihan hambanya yang tak berapa nak taat denganya agar sentiasa mengingatinya dan dari situ hambanya tahu yang dia masih punya iman.     Sambung cerita tentang dilema aku tentang dimana ipta yang aku akan menempatkan diri. Orang semua tahu yang UiTM adalah satu universiti yang gah di Malaysia, dan siapa yang akan dapat menempatkan diri di universiti itu antara orang yang agak hebat kerana bukan mudah kita nak menempatkan diri disitu. Nama aku juga bakal tersenarai menjadi siswi di Universiti dan aku juga terlalu mengharapkannya. Course yang aku ambil jugak adalah course yang sangat aku minat. Fakulti Filem Tea ter Dan Animasi dan aku ambik bidang penulisan, dan cita-citaku sebagai penulis novel. Tapi atas nasihat ramai, mereka menyuruh aku masuk ke Politeknik Metro Kuantan kerana course tourism management...

Melting

Imej
Rosak betul otak aku ni.... Boleh pulak melting dengan artis-artis lelaki... Hanya dambaan dalam diam kerana belum ada seorang lelaki menyentuh hati aku, jadi suka-suki aku nak minat dan melting dekat artis. Sekarang ni aku termelting denga Hairul Azreen pulak, lepas tengok apa saja Fbi tarikh 26/10/2014  Tapi aku lebih tengok captain hairul azreen yg tak ada misai..   Best gak cerita misiku kuza yang dekat astro ria tu tapi apa boleh buat tak ada astro kalau ada astro pon ada astro njoi yg tak ada astro ria tuh... Hari tuh termelting dekat syafiq kyle sebab style rambut korea dalam promote cerita bila hati berbicara di slot akasia tv 3 yg start 28/10/2014 tak sabarnya nak tunggu Ada beberapa pelakon lain aku termelting, tapi aku peminat tegar Talha Harith... Hahahahaha Kbai...

Kenapa?

Waktu-waktu begini sememangnya ramailah kolej swasta yang call aku untuk masuk ke kolej mereka, sampai kadang-kadang aku jemu dan nak muntah menjawab call dari mereka. Tak kurang juga aku pernah percaya dan terkena. Tapi syukur Alhamdulillah kerana ketentuan Allah nama aku juga tersenarai dalam Ipta. Apa yang aku tertanya-tanya, kenapa setiap kali orang yang di tugaskan menelefon untuk menarik pelajar, pasti mereka menyebut nama kolej yang mereka wakili terlalu laju sampai aku sendiri tak faham apa yang mereka sebut. Bukan la aku berlagak kerana aku dapat masuk Ipta, walaupun aku tak tertarik untuk masuk kolej mereka cubala menyebut nama kolej mereka itu dengan jelas dan orang boleh yakin untuk memasukinya. Ini je la yang aku nak tulis... Daaaaa 

Tanggungjawab

Hari ini ada kelas memandu lagi, sementara tunggu cikgu aku datang aku updet entri jap... Ayoooo la mak cik aku ni, semalam pelik kenapa aku bangun awal, hari ni pulak pelik kenapa aku tidur kejap. Kalau aku dah pesan kejutkan aku dalam masa puluh-puluh minit tu mesti la ada sebab. Kalau tak ada sebab tidur sampai petang pun tak de hal, tapi tak boleh la buat macam tu anak dara kan, heh heh heh... Aku kalau ada tanggungjawab macam ada kelas atau kerja memang yang jadi rutin atau wajib, tak kejut pun tak apa melainkan aku betul-betul tak sedar kerana bersebab sama ada betul-betul penat ataupun betul-betul ngantuk ataupun aku tengah mimpi.  Sebenarnya aku rindu dan tak sabar sangat nak masuk belajar di tempat baru... hmmmm doakanlah aku dapat masuk UiTM, sebab aku nak jadi manusia yang bertanggungjawab balik macam aku masa sekolah dulu. Kalau ditanya kenapa aku kat rumah tak bertanggungjawab untuk menolong mak cik aku, jawapanya entahlah... sebab aku tak minat... ...

Merusuh Rindu

Aku rasa nak selitkan cerpen novel aku... have fun okey.. Hari Jumaat menjelma, seperti biasa hanya murid-murid Muslim sahaja akan berada di tapak perhimpunan dan murid-murid bukan muslim akan diagihkan kepada kelas-kelas yang sepatutnya untuk mengikuti program-progam yang telah di rancang oleh pihak sekolah. Sementara menunggu pengawas lelaki yang ditugaskan untuk mengaturkan kerusi untuk guru-guru duduk, pengawas perempuan pula di tugaskan untuk mengagihkan naskhah-naskhah surah Yassin kepada murid-murid dan guru-guru. Seperti kebiasaan, murid-murid yang tiada tugasan akan mengambil kesempatan untuk berborak dan melakukan aktiviti sendiri sama ada menyiapkan kerja rumah yang di tinggalkan oleh guru atau membaca novel dan sebagainya tidak memperdulikan hari apapun. Seperti kebiasaan juga yang akan berlaku setiap hari bagi kumpulan ini yang terdiri dari Fatimah atau nama glamornya Emma, Hawa, Dinda, Nabila atau nama glamornya Abil, Laili nama glamornya Lily, Aisyah atau nama ...

Mimpi

Mimpi adalah mainan tidur yang sangat memainkan perasaan. Kadang-kadang aku rasa sangat terbuai dan asyik dengan mimpi itu sampai mahu teruskan mimpi itu kedalam alam realiti dan kadang-kadang aku rasa takut melalui mimpi itu seperti mimpi itu dalam alam realiti aku. Tapi kalau mimpi itu berjaya sampai penghujung bermakna kita telah menukar ke alam lain iaitu ke alam barzakh. Malam tadi hingga pagi aku mengalami dua mimpi, mimpi pertama aku sangat menyesakan dada dan mimpi kedua sangat best dan romantik seperti aku mahu membawa masuk ke alam realiti aku tapi ia hanya sekadar mimpi. Okey, story mimpi pertama macam ni. Aku dengan kawan aku yang dua orang ini sememangnya masing-masing dah tak ada ibu bapa lepas tu jalan cerita aku tak ingat sampai tiba-tiba ada bahaya dan aku mahu selamatkan kawan aku yang dua orang ni sebab aku terlalu sayang kan dorang lepas tu aku terjaga... Fuhh!! selamat sebab ia hanya mimpi. Aku berharap kawan aku sentiasa selamat. Mimpi kedua pulak, p...

Sahabat, Teman, Dan Rakan

Imej
Perbualan aku dengan sepupu : N: Doakan aku dapat UiTM tau. S: Kenapa pulak, kalau aku suka lagi kau dapat Poli sebab jauh sama dengan aku. N: Aku tak kesah dapat jauh ke tak, tapi aku ada misi. S: Misi apa? Bagi tahu aku sikit. N: Aku nak jumpa H la, aku nak cari dan nak dekat dengan semua kawan-kawan aku. S: Buat apa nak jumpa H, sedang kan kau je yang berusaha H tak berusaha pon. N: Dia ada usaha la... N: Kau tahu tak kenapa aku nak cari semula kawan-kawan aku, aku nak berkawan dengan kekal, nanti kalau kita susah nanti dia sudi tolong kita. Mungkin kita pergi tempat baru kita tak ada kawan dan mungkin kawan tu akan khianat dengan kita. Cukup la pengelaman aku masa f5. Hari ini kita cerita pasal Sahabat, Teman, Dan Kawan. Tajuk yang sangat kena dengan hidup aku. Sebelum aku updet blog ni aku ada buat kajian melalui google tentang perbezaan sahabat, kawan dan teman. Dari blog: http://bicara-hati-mama.blogspot.com/2011/03/apa-perbezaan-sahabat-dan-kawan.html?m=1 ...

Semangat Hari Ini

Imej
Selepas hari pertama belajar hari itu, cikgu kelas memandu aku kata... "kak lin cuba hari jumaat ini, tak ada la jauh sangat gap-nya" Yang aku fikir pulak confirm hari ini belajar, so bersemangat la aku lepas solat subuh aku tak tidur sambil melayan budak kecik ni... Tambah cikgu aku lagi kalau dia tak datang antara pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi kalau tak ada bermakna tak ada latihan hari itu... Hmmm aku pun menunggu sampai boleh sambung tidur lagi. Dan mak cik serta pak cik aku pulak membebel sebab cikgu aku tak datang-datang, sabar je lah aku menadah telinga. Oleh kerana sememangnya tak ada latihan memandu, maka akupun menjadi boring, baca novelpun tak masuk otak akupun mencari resepi untuk menghabiskan whipping cream. Memasak adalah hobi aku selepas membaca dan menulis novel. Oleh kerana pak cik aku nak keluar ambil sepupu aku so akupun tumpang sekaki untuk hilangkan boring dan mahu membeli barang untuk tiramisu aku... Tempek gambaq cheq satu... ...

Tumpang sedih

Imej
Aku mula kenal mereka ketika mereka datang kawasan setinggan tempat tinggal aku waktu aku nak habis darjah tiga, mula-mula hanya kembar yang tua setahun daripada aku itu sahaja yang datang bersama ibunya setahun kemudian mereka ingin menetap disitu adiknya yang sebaya dengan aku pula datang. Mula-mula aku hanya punya teman rapat di setinggan aku itu hanya budak sebelah rumah aku dan mak dia juga menjadi penjaga aku ketika mak dan ayah aku kerja. Bila mereka datang lagi meriah setinggan kami dan hidup aku dengan pertambahan teman. Segala pelusuk setinggan kami meneroka berlima. Bila mak aku meninggal dunia ketika aku berada di darjah enam, aku terpaksa berpisah dengan teman-teman aku dan sempat aku melihat mereka menangis simpati pada aku. Selepas aku berpindah, aku loss contact dengan mereka, bila ada kewujudan facebook aku gigih mencari mereka semua agar aku dapat berhubung kembali dengan mereka. Alhamdulillah usaha aku tidak sia-sia, rupa-rupanya mereka juga mencari aku di facebo...