Sayang Sangat
Tiba-tiba aku teringat nak buat pasal, salah seorang kawan yang aku sangat sayang. Prinsip aku berkawan, sekali aku berkawan ingin aku berkawan sehingga mati dan terus berkawan di syurga kelak. Aku tak tahu kenapa aku sayang sangat dekat dia ni, hari tu waktu cuti awal muharam aku sanggup turun HKL sebab dia kena tahan masuk wad akibat pengsan, demam panas dan dia terkena cyst ovary. Masa dia masuk hospital akibat demam panas tu aku cool lagi, bila Fatyn iaitu kakak dia uppdate status yang kata dia kena cyst ovary terus aku fikir nak melawat dia. Sebelum nak buat keputusan nak melawat dia kat HKL, jenuh jugaklah aku fikir macam mana nak pergi ke HKL dari klang dengan menggunakan transport awam. Mula-mula ada niat nak pergisorang-sorang je tapi aku bukan confident sangat pergi tengah-tengah bandar KL tu, Jadi aku cuba pujuklah cousin aku sambil tu cuba pujuk kalau-kalau dia nak tolong aku hantar sampai ke KTM. Akhirnya ada jugalah nak teman aku dengan ganjaran bawak diaora...