Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Green Venom Midas 7.0 Selamanya

Imej
Nasib kita tak sama, Rasa juga berbeza Hanya faham memahami menyatukan jiwa...          Kebiasaan pelajar memang tak suka pada program, lagi-lagi program yang dikhabarkan ada sesi buli membuli... Tapi tu semua khabar angin hanya bikin ribut perasaan budak baru seperti kami... tapi kitaorang ni budak baru yang dah basi, tinggal beberapa minggu lagi dah nak final exam sebelum cuti semester dan akan bercuti dua bulan sebelum bermula la semester baru... Itu bagi kami Tapi bagi senior-senior selepas final exam ni tiada lagi semester baru buat mereka, melainkan mereka menyambung degree dekat FiTA ni lagi... 

6 topi fikiran

Imej
1.  TOPI PUTIH Topi putih ialah lambang maklumat semata-mata. Tidak mempunyai tafsiran tidak berkaitan dengan emosi. Berfikir secara topi putih bermakna kita cuma melihat pada maklumat yang ada. Kemukakan maklumat-maklumat yang ada. Maklumat itu mungkin dalam bentuk fakta, angka-angka, statistik, senarai ataupun lain-lain. Apabila memakai topi ini kita boleh gunakan pengalaman kita dan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara. Apabila memakai topi ini, perkara-perkara yang diutamakan ialah maklumat yang sudah kita ketahui, maklumat yang sepatutnya ada dan bagaimana hendak mendapatkan maklumat-maklumat yang penting tetapi tidak ada pada kita. Kemahiran yang penting bagi mencari maklumat ialah kemahiran bertanya soalan-soalan yang betul. 2.TOPI HITAM Topi hitam boleh dianggap topi paling popular kerana menjadi kegemaran ramai orang. Kegunaan paling utama topi hitam ialah menghindarkan kita daripada melakukan kesilapan-kesilapan dan membuat keputusan-keputusan yang tidak bija...