Sebulan di UiTM
Alhamdulillah, aku dah sebulan berada di UiTM, setakat ini semua okey sebab apa yang berlaku semu lumrah kehidupan seorang manusia yang bergelar pelajar. Minggu pertama di UiTM kampus Puncak Perdana aku harus melalui minggu 'MDS' atau maksud panjangnya 'Minggu Destini Siswa' dan isi kandungan program ialah 'ceramah' ... Ohhh... MDS ni bukan ceramah untuk membazirka masa pelajar tapi dia adalah untuk mengenalkan dan apa yang patut dibuat oleh pelajar. Alhamdullilah konsep buli membuli ni dah lupus dek kerana zaman sudah berubah. Alhamdulillah dapat mengikutinya dengan baik. Minggu kedua pula sibuk dengan 'Minggu FiTA' atau englishnya 'FiTA week' dan berjalan sekali dengan 'MIDAS' atau nama panjangnya 'Minggu Destini Anak Seni' yang di asaskan oleh Rosyam Nor untuk Fakulti Filem Teater dan Animasi yang sebelum ini menggunakan program induct. Okey cerita untuk minggu kedua tak selesai lagi... 'FiTA week' ni ...