Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Dilema nak balik Bagan Serai

Aku ni dilema tau nak balik bagan serai, banyak benda kena fikir, mana nak tido, nak tido dgn siapa, aurat masa tido, duit minyak, ngantuk waktu drive, ni tambahan mak su soh ambik anak-anak dia, dengan pak su yang gatal. Arghhhh.. ikutkan hati nak je ajak sepupu aku sorang. Tapi ada pak su yg gatal, bahaya bawak anak dara orang.  Cepatlah ada jodoh, kalau dia tak mau drive biar tukar2 driver. Pastu tak risau lagi pak su yg gatal. Kalau ada boyfried pon ok atleast ada yg jaga. Lebih afdal suamilah. Penat tau tak tau nak menempel pada siapa.  Kalau balik rumah kak long ja sekurang2nya ada bilik tido dgn anak2 buah aku. Hmmm entahlah peninglah saya. Tak balik karang kesian pada kak aisyah. Tunggulah masa dan duit yg menentukan.

Diploma

Imej
Masa aku diploma dulu aku tertanya-tanya macam mana nak buat assignment secara efektif, lecturer cakap dia tak terima assignment dari google tapi google la rujukannya. Sembang punya sembang dengan Reeza kau copy and paste without perubahan apa² memang kena tendang la. Kau kena cari point dia atau ayat tu subject dia tukar gi depan. Kalau nak ayat cantik dari google translate kau tak boleh guna ayat rojak, kau kena guna bahasa baku bahasa melayu. Sebenarnya grammar tu paling paling paling penting.  Haihh tetiba rindu pulak nak buat assignment tapi bila dah dapat cite dia mmg kau pecah pale la. Fitrah tanya macam mana lah aku boleh lepas diploma, hahahaha aku follow the flow je la. Tu sebab aku ikut je. Drama diploma mmg banyak.

Khatam

Perkara manis yang aku dapat lalui adalah pada 25 tahun aku dapat khatam Al-Quran pada masa bulan puasa. Aku bukan tak pernah khatam, mungkin aku pernah khatam masa kecik-kecik tapi aku was-was yelah aku ni bukan jenis orang yang penyebar aku takut aku ada skip-skip. Masa sekolah menengah dari SMK membawa ke sekolah tahfiz membawa ke sekolah agama biasa dan aku sekolah SMK balik tetap tak tekun, aku baca tak sampai 1 juz kemudian terbiar sepi.  Masa tahfiz hafal pun tak sampai 1 juz. Sekolah agama pulak baca secara beramai-ramai jadi rekod peribadi aku tak capai.  Masa selepas habis sekolah biasalah baca Quran tu ada tapi lupa diri tu banyak, masih tak dapat rekod pribadi yang aku nak capai tu. Pada bulan puasa tahun 2020, macam mana tah boleh tekad dan nekad memandangkan pkp aku usaha gila-gila.  Kalau dulu ada kot 5 tahun lebih period tak teratur dan selalunya aku akan puasa penuh tapi haritu aku agak kecewa sebab period time bulan puasa ditambah serba-salah nak kecewa ...

Rasa kosong itu begitu sakit

Imej
 Rasa kosong tu sakit sgt, hubungan adik beradik sebapa seibu lain bagaimana hubungan adik beradik lain sepupu sepapat dan sebagainya. Menumpang itu lain rasanya bila hari raya kau nak tangkap gambar bersama keluarga. Bila kau ada masalah kau nak mengadu kat siapa. Aku akui aku ada tempat mengadu, kalau orang lain akan mengadu pada 1 Satu tempat, aku kena mengadu banyak tempat. 

Perasaan tak berpunya

Imej

Macam mana aku boleh minat MENULIS

Imej
Keratan ni saja aku ambil gambar supaya jadi pembakar semangat aku.  Aku dari sekolah rendah mesti ada buku extra yang aku panggil buku conteng. Aku rasa setiap budak sekolah rendah mesti ada buku conteng punya lah. Bila darjah 4 ke atas kot dah pandailah tulis cerita, tapi aku tak ingat cerita apa dan tak pernah pon sertai pertandingan mana-mana, kiranya cerita aku hanya aku je yang baca sebab aku tak handalpon menulis. Aku sorang je yang tahu yang aku suka menulis. Aku kenal dengan novel bila aku baca novel Ombak Rindu milik penyewa belakang rumah Cik Nab.  Hujung darjah 6 iaitu 2.7.2012 mak aku meninggal dunia, aku dah mula sibuk ke sana ke sini tukar sekolah dan akhirnya aku ditetapkan duduk di Ipoh, dulu aku jadi tak gembira duduk Ipoh sebab kurang kawan, pak tam dan mak tam garang, sepupu-sepupu semua pandai tapi along je suka berborak dengan aku huhuhu, dan yang paling best along ni kaki novel dan aku tumpang baca novel dia lepas tu pak tam marah sebab aku k...

Pengajaran dan pengalaman

Imej
7 Februari 2020 adalah hari aku ambik kereta baru model Persona facelift. 6 April 2020 accident nasiblah tak teruk dan hodoh sikit je. Kita tunjuk lah kereta kita kat tempat kejadian.  Tak tahulah nak lebel mangsa ke apa.  Tempat kejadian, line biru tu lalu aku, bulatan merah tu arah budak tu datang.  6 April 2020 Haritu aku nak keluar sangat, dah empat hari aku nak keluar tapi hati aku tak sedap sebab takut kena tahan dengan polis tengah pkp (perintah kawalan pergerakan) kan. Aku tanya lah cik jah Nurul boleh keluar tak tapi takut. Pastu cik kah cakap lah keluar je la bukan ada polis pon. Tempat kitaorang ni bersih lagi tak ada kes covid lagi. Ehh tu kampung kitaorang je rupanya kampung sebelah dah redzone.  Dah cik jah kata okey aku pun keluarlah, sebenarnya aku keluar nak cari skincare serumlah senang, pastu nak beli mandian lux yang aku suka sangat pastu nak beli bahan-bahan merepeklah macam cream cheese macam tu.  Aku nai...

Sifat seorang manusia ni

Imej
Ni cousin aku yang aku tumpang bilik dia. Hahahha aku bukan nak cerita pasal dia tapi aku nak cerita pasal sikap seseorang ada pertalian darah dengan kitaoranglah. Okey aku bagi nama budak ni Nana (bukan nama sebenar) mak dia cousin kitaorg and aku anti dengan mak Nana ni sebab masa aku sekolah dia yg tua 10 tahun dari aku pun dia bantai minta aku duit untuk belanja tambang dia balik rumah dia. Dah lah tambang aku belanja pastu minta lagi duit untuk teksi la apa la. Bengang aku.  Okey aku cerita pasal Nana pulak, kitaorang ada cousin jugak aku bagi nama Ika la, dia ni kerja satu mall dengan Nana ni kebetulan aku dengan Min memang nak berjalan kat mall tu then gi lah melawat Ika tu. Pastu masa kerja si Nana ni nak habis so dia nak tumpanglah balik sebab kebetulan kitaorg nak gi uptown. So si Min ni dah buat muka annoying dah sebab nak balik awal esok dia kerja tapi aku pujuk dia suruh tunggu.  Si Nana ni dah habis kerja then kitaorg balik la, lepas tu gi lah uptown....

Tidur

Imej
Aku video call dengan Iffah cerita pasal bilik, then aku cakaplah percaya tak sebenarnya aku takut tidur sorang. Iffah terus cakap tak percaya lansung. Iffah cakap aku ni berdikari. Sebenarnya aku ni anak manja, dulu tidurpon bukak lampu kesian kat arwah mak aku. Kalau dia kerja malam aku lah terseksa aku tak suka duduk rumah penjaga aku sebab dia tak pasang kipas tapi aku penakut. So malam-malam aku buka tv lepas tu set time la sejam lepas aku tidur dia off sendiri. Kalau tersedar aku bukak balik tv dan setkan balik untuk off.  Satu lagi aku kalau nak tidur mesti suruh mak tepuk, kadang-kadang sampai mak terlelap aku marah pastu mak tepuk balik. Hmmm sedih pulak cerita.  Sekarang alhamdulillah lah tidur dah tutup lampu, tu pun lepas mak meninggal duduk rumah pak tam, dari tak biasa tidur sorang kena tidur sorang, pastu dah tak ada orang nak tepuk. Huh sunyi sangat rasa masa tu tak ada org tolong tepuk kan aku. Eh sedih pulak rasa bila teringatkan macam mana aku st...

Sehari sebelum dan sepanjang pkp

Imej
17 March 2020 Sebenarnya sepanjang minggu ni aku tengah berperang dengan syarikat yang aku kerja dan aku yang degil. Sebab apa aku kata macam tu, sebab aku hantar notis berhenti kerja 24 feb dan notis aku sepatutnya tamat 24 march. Tapi aku tak datang kerja start 15 march lagi sebab aku malas dengan politik kerja. Tapi dalam masa tu aku still buat kerja-kerja memantau dalam on9 means aku pantau pakai WhatsApp je dorang bagi gambarkan. Dalam masa yang sama hari jumaat tu aku dah deal dengan pengurusan fasiliti uitm baik punya. Terima kasih sebab memahami pemberotakan ini. Okey apa yang berlaku lagi hari ni, kak long ja call aku minta tolong ambikkan Kakak Thirah dari politeknik then tolong hantarkan sampai Ulu Bendul. Kira half way kak long dari Rompin dan half way dari shah alam la. gambar yang sempat tangkap. Akupun ambiklah keputusan, alang-alang raya tak boleh balik nanti sebab akukan selalu raya kat Kg Slim kampung tercinta keluarga Siti dan Zakaria, aku pon kata kat ka...

Perfume

Imej
Lately ni aku tak tahulah kenapa sangat aku berminat dengan perfume, aku tercari-cari bau yang aku minat, tanya pendapat semua. Then nahhh aku baru habiskan duit beli perfume dexandra dan sugarbomb.  Sugarbomb ni aku tergoda dah lama dah, sebab one of my friend fb, post dia asyik lalu lalang je tapi aku tak buat kajian lagi aku suka bau apa dan belum bersedia spend duit lagi 🤣. Sampailah tiba-tiba seorang kawan masa aku kerja Petronas dia approach aku untuk beli dexandra kat dia. So aku belilah demi support member. Tapi aku masih tak puas hati sebab aku dah lama gila minat kat sugarbomb, then aku buatlah kajian bau apa yang aku suka, siap tanya bff aku aku lagi, dia cakap dia suka bau floral and tak suka bau sweet. Sampailah aku teringat aku pernah beli perfume murah bau cherry in the air aku scroll-scroll shopee. Lepas tu aku teringat lagi aku pernah beli wet tissue bau buah delima. So masa aku scroll-scroll shopee aku jumpa gambar ni.  So...