Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Kerja Haram

17 November 2015 nak kata hari bersejarah memang tak lah, tapi hari ni aku dan kawan-kawan terpaksa menghuni rumah kolej secara haram kerana nak join menjadi pemimpin mds or atau nama panjangnya minggu destini siswa yang perlu pelajar-pelajar baru dapat menempatkan diri di UiTM perlu mereka lalui sebelum mereka mula kuliah. Sekarang ni kawan-kawan aku iaitu hana, shero dan kak teha masing-masing tersangkut kat Seksyen 13 Shah Alam sebab banjir, jadi aku sorang-sorang dalam rumah ni... Aku dalam wassap aku suruh diaorang balik cepat sebab takut felo naik, aku rasa mesti diaorang gelakkan aku. Tapi aku tahu diaorang akan lindungi aku.. Alhamdulillah, sepanjang aku hidup kawan-kawan yang aku rapat semua memahami aku, walau mereka bukan hadir dari kelompok yang sama latar belakang yang sama, kadang-kadang diaorang sangat nakal tapi diaorang sangat melindungi aku, dan diaorang akan coolkan aku sebab aku cemas dengan kerja-kerja haram.

Mimpi Apakah

         Tadi aku bermimpi, aku berhenti belajar kat UiTM dan aku sekarang belajar kat MSU dan aku sedang bermasalah dengan lecturer, dia complain dalam kelas aku pakai spek lah, aku makan dalam kelas lah, aku tidur dalam kelas lah, tapi dia complain secara umum dalam kelas, Kemudian aku marah balik lecturer tu, kita melawan lah ni, aku mengaku aku salah, tapi masa aku kat UiTM tak ada peraturan mengarut macam ni. Lepas tu aku cakaplah habis orang lain yang betul-betul rabut macam mana? Lepas habis kelas lecturer perempuan tu dan semua balik, kat luar dewan kuliah tu kawan aku cakap dia ada rakam masa levturer tu tengah marah dan nak bagi dekat orang atas macam dekan dekat situ sebab lecturer tu mengarut. Lepas tu aku nak balik asrama aku, aku terjumpa dengan kawan Maahad Hafiz aku iaitu Raba' dengan Shera Zaini. lepas tu aku terjummpa dengan uncle cina pun tak puas hati dengan MSU. Aku pulak rasa menyesal berhenti belajar dekat UiTM dan sambung belaja...

Sayang Sangat

Imej
Tiba-tiba aku teringat nak buat pasal, salah seorang kawan yang aku sangat sayang. Prinsip aku berkawan, sekali aku berkawan ingin aku berkawan sehingga mati dan terus berkawan di syurga kelak. Aku tak tahu kenapa aku sayang sangat dekat dia ni, hari tu waktu cuti awal muharam aku sanggup turun HKL sebab dia kena tahan masuk wad akibat pengsan, demam panas dan dia terkena cyst ovary. Masa dia masuk hospital akibat demam panas tu aku cool lagi, bila Fatyn iaitu kakak dia uppdate status yang kata dia kena cyst ovary terus aku fikir nak melawat dia. Sebelum nak buat keputusan nak melawat dia kat HKL, jenuh jugaklah aku fikir macam mana nak pergi ke HKL dari klang dengan menggunakan transport awam. Mula-mula ada niat nak pergisorang-sorang je tapi aku bukan confident sangat pergi tengah-tengah bandar KL tu, Jadi aku cuba pujuklah cousin aku sambil tu cuba pujuk kalau-kalau dia nak tolong aku hantar sampai ke KTM. Akhirnya ada jugalah nak teman aku dengan ganjaran bawak diaora...

Fasilitator

Imej
Tiba masanya untuk cerita pasal fasilitator. Tadi tengah syok-syok tengok cerita naughty kiss kat youtube En Mirul iaitu pegawai Hal Ehwal Pelajar FiTA post satu gambar. Jujur aku cakap, aku memang nak sangat jadi fasi tapi aku tak tahu kenapa. Bagi aku tugas fasi ni lebih kurang macam cikgu jugak dan terdetik la jugak nak jadi cikgu untuk di jadikan sebagai pengalaman. Aku tak tahu pada masa depan aku, apa kerja tetap yang aku akan sandang. Mengikut cita-cita aku dari kecik aku minat sangat nak jadi polis, tapi bila dah besar ni dengan membawa imej berbadan besar adakah masa depan aku cerah dalam cita-cita aku yang ini.. Selain itu aku juga berminat dalam menulis novel, dan aku adalah juga menulis novel-novel picisan dan permasalahannya aku tak dapat habiskan dia sehingga penghujung. Aku juga ingin berniaga, aku nak bukak satu syarikat dan dari keuntungan syarikat aku dapat bagi dekat mak cik pak cik aku dan diaorang boleh hidup mewah macam aku. Walaupun cikgu bukanl...

Cerita Korea dan Buang Tebiat

Imej
Assalamualaikum semua, lama dah tak update blog, sebelum ni, ada je banyak perkara yang ingin aku updatekan dekat sini tapi tak terupdate dengan sebab malas nak bukak laptop, tak seronok tulis entry pakai handphone dan hari ini aku update juga walaupun malas dan mungkin aku sedikit buang tebiat kerana laptop baru.. oppss... Nah!!! hari ini seperti rutin yang minggu lepas aku tengok cerita korea dekat youtube, kalau minggu lepas aku tengok cerita Boys Over Flower nam yang terkenal dekat Malaysia dan nama lain di tempat-tempat lain Boys Before Flower minggu ini pulak aku tengok cerita Naughty Kiss nama yang terkenal dekat Malaysia dan nama lainnya Playful Kiss.                                         Hmmm... Aku bukanlah #Kpopers tapi boleh la jugak nak minat tengok tapi tak adalah nak bersungguh-sungguh sangat., dan anggapkah aku buang tebiat juga sebab tengok cerita...

Rakaman Program Tanweer

Imej
          Minggu lepas hep FiTA menjemput budak-budak FiTA ni pergi program Tanweer, sebuah rancangan agama di TV9 untuk meramaikan penonton program itu dan di bayar RM20 setiap sorang. jadi aku di tugaskan untuk mencari budak-budak ni. So hari ni pergi lah program itu kat PKNS moderetornya Fedtri Yahya, ustaz jemputan Harryanto Rizal Rokman dan artis jemputannya pula Hafiz Hamidun dan Rafidah Ibrahim. gambar credit by intagram Fedtri Yahya yea...            Antara gambar-gambar ada di sana, semua credit by kawan-kawan... Yeahhh!!! Dah lama aku teringin nak jumpa Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya.. Akhirnya...  Aku berharap lepas ni dapat jumpa Zara Zya Pulak. Macam mana aku nak terbalikkan gambar ni??? Rafidah Ibrahim yang comel kami berdua tak ada keje curi tangkap gambar dengan Hafiz hamidun yang jauh nun diatas pentas                  ...

Perginya

 Pagi lapan tahun yang dulu, di pagi yang hening kau bangun dan bersiap untuk pergi kerja shift pagi. Kau kejut aku seperti permintaan aku untuk teman aku mandi dan bersiap pakai baju sekolah sementara tunggu pukul tujuh. Kalau harapkan aku bangun mungkin aku liat nak bangun tambahan penakutnya aku ketika hari masih gelap. Aku sudah bersiap, aku menghantar kau dipintu, walaupun rumah kita hanya kecik di situlah tempat tidur di situ lah juga ruang tamu. Aku nampak kau seperti lelah, aku tak pandai tengok muka pucat orang tapi aku tahu kau sakit dada sebab kau yang beritahu aku. Aku pesan kalau mak tak larat mak patah balik rumah tau. Kalau aku mengharapkan kau tak payah pergi kerja pasti kau tidak mahu. Pagi itu untuk mengisi masa kosong, aku menjahit beg sekolah favourite aku sambil menonton tv. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah, aku takut tapi orang yang mengetuk pintu itu mengenalkan diri. Nurul aku ni Nina dengan Tasya, aku bukak pintu. Nurul tadi mak aku call, kata...

Pengajaran

Semalam aku dapat dua pengajaran, satu aku kena belajar cuba menulis lirik lagu sebelum part 4 nanti.. Petang Ainna kata kat aku "kau cuba je cari ayat pendek2 dan tulis". Hmmm nanti aku cuba la yer... benda tu la aku tengah takut, sedangkan tulis puisipun aku tak lepas lagi. Tengah malam Edd kata kat aku, "kau kena usaha sikit kak untuk english, sekarang ni english sangat penting sebab apa2 mesti nak guna subjek english, minta kerja contoh" "Sebenarnya kau dah terlambat, kau patut kuasai dari awal sekolah menengah dulu" Aku cakap, "tak ada istilah terlewat, insyaallah dengan usaha sikit graduate la ko" tapiii.....

Apa Aku Rasa

Aku rasa sekarang ni,  aku nak balik kampung dan nak gi melawat kubur arwah mak sebelum raya. Aku selalu jadi anak ya g melawat kubur ibunya setahun sekali iaitu dihari raya, dan aku cuba nak ubah tradisi itu. Kata-kata Ika masih kuat melekat kat ingatan aku. Ika akan melawat kubur arwah ayah dia mesti dia bercakap dan bercerita. Aku hanya melihat dari jauh... Nak melawat kubur ayah, jauh hanya kubur mak je yang ada... Okey mental aku dah mula tak stabil balik

Hari Dan Sunyi

Tahun ini hari ku tidak sunyi lagi tanpa kawan-kawan walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga. Puasa kali ini hidup aku meriah dengan kehadiran housemate aku dari sem lepas hingga sem ini dan berharap sehingga sem ke lima atau mereka masih kekal di sini untuk menyambung ke peringkat degree. Edd, Iera, Ainna, Ieka, Yana, Wawa itu lah nama-nama housemate aku, aku sayang mereka seperti merekalah adik-beradik aku. Aku berharap kami saling berkawan sehingga ke syurga tanpa terputus walaupun mereka tidak la rapat sehingga di iktiraf kawan baik,  best friend or bff... Tapi merekalah sahabat ke syurga.

Kenangan

Hari ni mental aku tak betul... aku tak tahu kenapa rasa nak merajuk dengan mak cik aku yg tak call2 tanyalah sahur makan apa? Hmmm...  rasa nak merajuk kat diri sendiri sbb bas tak dtg2.. Solat asar aku nangis, tetiba teringat kenangan dengan arwah mak, aku tak pernah puasa penuh selalu ponteng sebab nak makan kuih raya yang mak buat... lebih2 lagi kuih almond london... mak yul rindu mak... Kenapa mak dah meniggal Tak ada sapa tanya yul... yul nak mak

Green Venom Midas 7.0 Selamanya

Imej
Nasib kita tak sama, Rasa juga berbeza Hanya faham memahami menyatukan jiwa...          Kebiasaan pelajar memang tak suka pada program, lagi-lagi program yang dikhabarkan ada sesi buli membuli... Tapi tu semua khabar angin hanya bikin ribut perasaan budak baru seperti kami... tapi kitaorang ni budak baru yang dah basi, tinggal beberapa minggu lagi dah nak final exam sebelum cuti semester dan akan bercuti dua bulan sebelum bermula la semester baru... Itu bagi kami Tapi bagi senior-senior selepas final exam ni tiada lagi semester baru buat mereka, melainkan mereka menyambung degree dekat FiTA ni lagi... 

6 topi fikiran

Imej
1.  TOPI PUTIH Topi putih ialah lambang maklumat semata-mata. Tidak mempunyai tafsiran tidak berkaitan dengan emosi. Berfikir secara topi putih bermakna kita cuma melihat pada maklumat yang ada. Kemukakan maklumat-maklumat yang ada. Maklumat itu mungkin dalam bentuk fakta, angka-angka, statistik, senarai ataupun lain-lain. Apabila memakai topi ini kita boleh gunakan pengalaman kita dan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara. Apabila memakai topi ini, perkara-perkara yang diutamakan ialah maklumat yang sudah kita ketahui, maklumat yang sepatutnya ada dan bagaimana hendak mendapatkan maklumat-maklumat yang penting tetapi tidak ada pada kita. Kemahiran yang penting bagi mencari maklumat ialah kemahiran bertanya soalan-soalan yang betul. 2.TOPI HITAM Topi hitam boleh dianggap topi paling popular kerana menjadi kegemaran ramai orang. Kegunaan paling utama topi hitam ialah menghindarkan kita daripada melakukan kesilapan-kesilapan dan membuat keputusan-keputusan yang tidak bija...

Sebulan di UiTM

Alhamdulillah, aku dah sebulan berada di UiTM, setakat ini semua okey sebab apa yang berlaku semu lumrah kehidupan seorang manusia yang bergelar pelajar. Minggu pertama di UiTM kampus Puncak Perdana aku harus melalui minggu 'MDS' atau maksud panjangnya 'Minggu Destini Siswa' dan isi kandungan program ialah 'ceramah'  ... Ohhh... MDS ni bukan ceramah untuk membazirka masa pelajar tapi dia adalah untuk mengenalkan dan apa yang patut dibuat oleh pelajar. Alhamdullilah konsep buli membuli ni dah lupus dek kerana zaman sudah berubah. Alhamdulillah dapat mengikutinya dengan baik. Minggu kedua pula sibuk dengan 'Minggu FiTA' atau englishnya 'FiTA week' dan berjalan sekali dengan 'MIDAS' atau nama panjangnya 'Minggu Destini Anak Seni' yang di asaskan oleh Rosyam Nor untuk Fakulti Filem Teater dan Animasi yang sebelum ini menggunakan program induct.  Okey cerita untuk minggu kedua tak selesai lagi... 'FiTA week' ni ...