Selamat Tahun Baru

 Kita skip part 1 terus loncat ke part sekarang, nanti ehh buat part 2. Mak Cik aku dan ibu En A buat plan untuk jumpakan kami pada tahun baru mujur memang En Am cuti pada hari khamis tapi public holiday dan dapat  ganti off pada hari jumaat, untunglaaa, aku kena kerja tau harini.


Harini aku sibuk sikit, pagi gi kerja ofis, balik petang nanti pergi urut kat subang, siap urut balik puchong ambik makcik aku balik pulak Kampung Slim.


Okey Ibu En Am dah kabo kat makcik aku nak ajak aku makan-makan dua minggu awal lagi, sebab bila datang time aku sibuk memang sibuk betul. Ibu berpakat dengan (Wawa) wife abang En A untuk sambut birthday En Am bulan 12 sekali dengan abang En Am bulan 1. Dorang bawa makan di Smoked Kingdom restoran ustaz Don branch Putrajaya.




Apa yang aku perhatikan, family dorang baik, tapi masuk air, seronok aku tak rasa awkward, aku tergelak je sebab masing-masing pon kelakar tapi aku kena gelak sopan lah first time jumpakan. Yang En Am ni pulak, nak ajak jumpa bukan main pemalu, dekat luar kerjanya nak menyakat je, nak marah tak boleh dapat bagi side eye je. geram haku.

Dan lagi menguatkan aku untuk pilih dia sebab ibu bagitahu En Am pun dah pergi menunaikan umrah, kalau ibu dengan ayah je aku tak pelik sebab diaorang dah berusaha dari muda. Aku cakaplah seronoknya dah dapat pergi menunaikan umrah, pastu ibu En Am kata, bukan kerana duit kita akan sampai kesana tetapi dengan jemputan Allah kita akan kesana, niat tu kena kukuhkan, doa dan niat betul-betul Allah s.w.t akan buka kan seribu satu jalan ni nasihat kak Fira.

Simpan buat kenangan, semoga tahun ini jadinya ukhwah yg di harapkan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cari Kerja

Sahabat, Teman, Dan Rakan

6 topi fikiran