Ya Allah jagalah dia sebagai jodoh ku
Setiap hari makin bertambah sayang dan cinta ini padanya, terima kasih Allah atas kurniaannya. Malam tadi dia shift malam, jadi otw aku gi kerja dia tgh kerja la, so chatting-chatting la. Pagini topik dia cuti pada hari khamis ni, dia cakaplah dia nak jalan-jalan lah konon sebab masa hari ahad haritu aku kacau dia sebab dia kena kerja.
Cerita hari ahad haritu dulu, ahad haritu aku pagi aku gi hantar pak andak buat ruqyah balik terus aku gi rumah parent dia, aku sampai kat sana dalam pukul 2, sanggup dia masuk lewat sejam sebab aku. (Fall in ❤️)
Okey harini, pagini aku jawab la gi lah jalan-jalan dengan kawan atau bawak ibu dia gi jalan-jalan bawa balik kampung ke? Dia kata dah balik kampung haritu and for the first tima dia yang ajak aku keluar. Nice move, tapi dia risau aku yang penat. Pastu aku cakap jumpa dia buat hilang penat, malu pulak dia. Dia cakaplah tak tahu nak gi mana, Aku cakap lah fikir la dulu nak keluar gi mana nanti aku tolong dia fikir, saja nak bagi dia effort. Tapi dia siap usik ajak gi Semporna, aku cakaplah boleh kena ada ikatan. (Aku bagi hint)
Pastu mesej sampai dia balik makan and sebelum dia tido, sempat lah bercerita pasal arwah ayah yang garang tapi kuat mengusik, ayah garang bab-bab pelajaran kuat mengusik aku sebab aku tak suka makan buah lebik-lebik pengang kulit semua, ayah dah makan buah dia akan baling kulit kat aku. Aku siap cakap jangan jadikan idea ya. Tapi aku tahu dah dan aku cakap kat dia jugak nampak dah bakat En Am tu macam ayah aku, dari yang aku tengok memang dia kuat mengusik.
Last sebelum dia tido aku cakap kat dia terima kasih dengar aku bercerita, dia cakap sama-sama, dia kata bukan selalu dengar aku bercerita. (Fall in ❤️ lagi).
Semoga dia benar-benar jodoh ku Ya Allah, sebab Engkau yang kurniakan kepadaku.
Terpanjang pulak kalini.
Ulasan
Catat Ulasan