Salam 15 Oktober 2016, blog bersawang dah ehhhh.. Blog ni tak ada apa yang menarik yang korang nak baca semua pasal aku je. Memang nak jadi blogger hot idok le.. Okey kita masuk pasal topik cari kerja di cuti sem. Setiap kali cuti sem memang dilemanya adalah mencari kerja. Sepanjang aku diploma dan sekarang penghujung semester 4 dan nak masuk semester 5 "YEAYYY NAK HABIS BELAJAR DAH..!!!" aku hanya berpeluang kerja sekali je iaitu cuti semester penghujung sem 1 nak masuk sem 2. Tujuan aku bekerja adalah nak cari pengalaman dan nak beli handphone baru "huhuhuhu.." dan s atu sikap aku, bila aku ada kerja dan aku anggap benda tu penting aku ada DISIPLIN sikit tapi bila aku duduk rumah segala penyakit malas dan DISIPLIN aku KELAUT tu yang mak cik aku tak suka maka dia menghalaulah aku kerja. . Masa tu aku bekerja di sebuah pasaraya yang bernama Econsave. Kerja dia mudah cuma biasalah dekat mana-mana mesti ada disiplinnya, cuma aku tak suka ada orang atasnya tak be...
Perbualan aku dengan sepupu : N: Doakan aku dapat UiTM tau. S: Kenapa pulak, kalau aku suka lagi kau dapat Poli sebab jauh sama dengan aku. N: Aku tak kesah dapat jauh ke tak, tapi aku ada misi. S: Misi apa? Bagi tahu aku sikit. N: Aku nak jumpa H la, aku nak cari dan nak dekat dengan semua kawan-kawan aku. S: Buat apa nak jumpa H, sedang kan kau je yang berusaha H tak berusaha pon. N: Dia ada usaha la... N: Kau tahu tak kenapa aku nak cari semula kawan-kawan aku, aku nak berkawan dengan kekal, nanti kalau kita susah nanti dia sudi tolong kita. Mungkin kita pergi tempat baru kita tak ada kawan dan mungkin kawan tu akan khianat dengan kita. Cukup la pengelaman aku masa f5. Hari ini kita cerita pasal Sahabat, Teman, Dan Kawan. Tajuk yang sangat kena dengan hidup aku. Sebelum aku updet blog ni aku ada buat kajian melalui google tentang perbezaan sahabat, kawan dan teman. Dari blog: http://bicara-hati-mama.blogspot.com/2011/03/apa-perbezaan-sahabat-dan-kawan.html?m=1 ...
1. TOPI PUTIH Topi putih ialah lambang maklumat semata-mata. Tidak mempunyai tafsiran tidak berkaitan dengan emosi. Berfikir secara topi putih bermakna kita cuma melihat pada maklumat yang ada. Kemukakan maklumat-maklumat yang ada. Maklumat itu mungkin dalam bentuk fakta, angka-angka, statistik, senarai ataupun lain-lain. Apabila memakai topi ini kita boleh gunakan pengalaman kita dan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara. Apabila memakai topi ini, perkara-perkara yang diutamakan ialah maklumat yang sudah kita ketahui, maklumat yang sepatutnya ada dan bagaimana hendak mendapatkan maklumat-maklumat yang penting tetapi tidak ada pada kita. Kemahiran yang penting bagi mencari maklumat ialah kemahiran bertanya soalan-soalan yang betul. 2.TOPI HITAM Topi hitam boleh dianggap topi paling popular kerana menjadi kegemaran ramai orang. Kegunaan paling utama topi hitam ialah menghindarkan kita daripada melakukan kesilapan-kesilapan dan membuat keputusan-keputusan yang tidak bija...
Ulasan
Catat Ulasan