Doa yang meminta pertemuan jodoh di masjid
Aku selalu berharap yang aku akan terserempak dengan crush aku dekat masjid, adalah dua tiga kali aku solat dekat masjid yang dekat perumahan dia, sama ada sengaja dengan tidak sengaja. Tetapi takdir yang Allah tulis tidak menemukan kami.
30 Ogos 2025 adalah hari bahagia buat sepupuku Suraya Nazira bersama pasangannya Amar Zaquan. Aku biasalah sama ada benar-benar sibuk atau buat-buat sibuk., aku kadang-kadang suka sibuk ambil video ambil gambar. Di dalam dewan itu mak pengantin sedang bersembang dengan kawan dia aku tak kenal, macam aku cakap tadi aku sibuk ambil video, ambil gambar dan mengacau orang.
Majlis pernikahan berjalan dengan jayanya, ketika itu beramai-ramai dari dewan pernikahan hendak turun kedewan makan. ketika turun ditangga mak cik aku masih lagi dengan kawan dia, aku pulak tenganh penggang cermin besar tapi aku nampak dua orang tua turun aku pun concern la, lagi-lagi makci aku yang aku tahu umurnya 60 lebih aku sempat bertanya okey ke turun tangga. dorang kata okey terus aku turun laju la, cermin tu berat oiii.
Aku dah makan. dah selesai makan, aku dah puas pusing-pusibg, kacau orang aku datang semula ke tempat hidangan makanan, kemudian mak cik aku bisik, yang sebelah sepupu aku tu orang yang nak di kenalkan dengan aku. pastu aku fikir dan aku cakap, kiranya yang sembang dengan anak (makcik aku panggilan asal mak andak yg di singkatkan) tu mak dialah, aku pandang je lah satu sosok lelaki itu dari jauh, dalam hati aku berkata not bad, hendsome lah jugak. Aku perhati juga beberapa ketika, pakaiannya.
Tapi lepas makcik aku cakap tu ada lah debor sikit, panik sikit-sikit pastu aku pergi dekat meja yang sepupu sepupu aku duduk aku cakaplah, weh sebelah Amin tu yang anak nak kenalkan aku. masalahnya sepupu sepupu aku lagi teruja dari aku, aku yang malu. Shasha cakap pergilah kenal-kenal duduk dekat-dekat dia. Aku biasalah malu pastu Shasha pergi cakap kat mak dia iaitu maksu. pastu maksu aku pergi kat lelaki tu dia cakap Oooo ini orangnya. Lepas tu anak buah aku pulak Alisa terus direct minta nombor lelaki tu.
Balik dari kenduri Alisa terus dia kata cik Nurul jangan marah, Alisa minta nombor dia, cik Nurul nak tak nombor dia, aku fikir dan aku malas, aku kalau boleh nak lelaki yang berusaha ke atas aku dan mungkin dalam hati aku masih ada crush yang tak tentu hala aku lagi, dan aku membiarkan tanpa mengambil nombor itu.
sementara family aku berkata-kata, kenapa tak kenal, pergilah kenal dulu, dan prinsip aku tetap aku nak lelaki yang berusaha ke atas aku atau tunggulah masa, aku tetapkan sehingga majlis sanding sepupu aku itu.
Dalam keramaian adalah terselit dia kat situ, yang aku sendiri baru perasan.
Ulasan
Catat Ulasan